HUKUM MEMINANG TUNANGAN ORANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

HUKUM MEMINANG TUNANGAN ORANG

HARAM meminang atas pinangan orang, iaitu meminang perempuan yang telah diikat dengan tali pertunangan. Hukum ini adalah berdasarkan sabdaan Rasulullah Sallallahu 'alayhi wa sallam yang pernah menyatakan mengenai larangan ini:

Ertinya: Janganlah seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya sebelum perempuan itu ditinggalkan oleh tunang sebelumnya atau jika tunang sebelumnya itu mengizinkan. (Riwayat Bukhari)

Hadis di atas melarang seorang muslim meminang pinangan saudara muslimnya yang lain.


Okay, baru je beberapa minit yang lepas jumpa update pasal ni dekat status FB. Tiada motif berkaitan tapi sekadar nak berkongsi :)

Haram meminang tunangan orang. Haraaaaoommm! Tetapi.. Haaa ada tapi-tapi nya ni. Back to older post pasal tunang ni ada mengatakan ;

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Oh.. Begitu? Hahah.

Bukan nak kata apalah, tapi rasanya memang betul pun.. Perempuan, jangan mudah nak terima cinta lelaki. Lainlah kalau lelaki tu memang betul-betul serius (INI SERIUS!) nak dekat kita, carry on. Uwah! Ini kalau nak buat geli-geli je.. Tak kesian ke dekat bakal suami kita dengan bakal isteri lelaki tersebut? Dapat sisa je? Hmm.. Kalau dah terlambat, tak apa. Pintu taubat masih terbuka (okay aku rasa macam dalam siaran Al-Hidayah hehe). Tapi betul lah kan?

Aku pun ada salah silap juga, tapi tak salah kalau kita cuba nak perbaiki kan?

Insyallah tunangan si dia,
Naddy

No comments:

Post a Comment

naddymohd