[REPOST]
Assalamualaikum.
Assalamualaikum.
Matriks better lah babe! Masa study pun singkat takyah nak bertahun-tahun macam diploma tu! Dapat elaun lagi.
Baik kau ambil diploma. At least, kau malas nak sambung degree diploma kau laku. Matriks tak jamin lagi kau boleh sambung degree ke tak kan?
IPTA terbaik lah bro! Yuran tak mahal. Kau nak IPTS jugak? Mak bapak kaya bolehlah..
Okay semua please stop all the nonsense things!
Babe, semua terserah pada diri masing-masing lah kan? Advice tu okaylah tapi tolonglah membina sikit. Takpayah sampai nak dropkan keputusan orang lain. Masing-masing ada tahap kemampuan masing-masing. Ini kau nak bandingkan orang yang dapat 10A dengan orang 2-3 A, memang tak lah kan?
Matriks dengan diploma.. Alahai, lebih kurang je. Nanti sambung degree nak konvo pun lebih kurang je masa. Paling-paling pun budak diploma lambat 6 bulan je. Tak makan masa lama mana pun nak dibanding kan yang diploma dapat 2 sijil kan. Matriks apa kurangnya, masa study pun singkat. Tapi jangan nak hadaplah masa study singkat kau boleh degree cepat kalau study malas. Tak pasal-pasal pointer tak mantap kau kena lelong menangis tak berlagulah kau.
Nice challenge?
Sana sini aku tanya, matriks ke diploma okay. Rata-rata jawab.. Matriks lah, masa singkat! Diploma lah, takyah nak stress study. Sudah, cukup. Jawapan yang sama je semua. Jawapan paling membina, Ikut engkaulah. Bagusnya bukan datang dari nama matriks/diploma tu tapi dari hasil yang kau akan dapat kelak. Usaha penting, kalau takde mana nak berjaya? Yes, absolutely YES! Kalau masuk matriks/diploma keluar apa pun tak boleh tak guna juga.
Klik sini kalau nak lebih lanjut.
Mak bapak mana tak bangga anak dapat tawaran kan? Terasalah jugak berbaloinya selepas diorang dah penat-penat hantar kau pergi sekolah. Adalah jugak hasil. Tapi janganlah sampai minat anak sendiri kena diketepikan sebab nak mengejar impian mak bapak sangat. Ini bukan kes anak derhaka, tapi tentang masa depan. Jangan sampai suatu hari nanti anak betul-betul akan jadi derhaka sebab salahkan mak bapak apa yang dia nak dahlah tak dapat, impian mak bapak pula tak dapat dicapai. Siapa yang nak belajar ni?
Ramai orang sekeliling aku cakap baik kau masuk maktab, keluar dah tentu jadi cikgu. Kalau 10 orang kau cakap keluar dah tentu jadi cikgu, siapa nak jadi doktor? engineer? peguam? *jawatan nak up je --'
Ada pulak cakap kenapa kau nak jadi engineer? Ramai dah engineer luar sana. Lagi-lagi perempuan, mana ada orang nak ambil engineer perempuan? Bullshit semua kau cakap ya :) Kau ingat semua engineer kat luar sana memang kerja tak mati-mati? Semua hidup lama sebab nak jadi engineer? Orang muda macam akulah yang akan gantikan diorang. Kenapa gender nak jadi masalah? Ingat perempuan lemah sangat ke.. Tak semestinya engineer tu sekadar kerja pergi balik tengok site, panjat tiang turun tiang. Engineering ni luas, silalah Google ya? Ni tak, tengok benda XXX je --'
Klik sini kalau anda bakal engineer gorgeous.
Sudah-sudahlah nak kondem keputusan orang. Mereka tahu apa yang terbaik untuk diri mereka. Customer Always Right! Hahaha haritu Parkson call suruh kerja balik. I'm sorry! Pada semua, semoga berjaya dengan pilihan korang. Toksah nak cakap Eh course kau ambil tu macam tak jamin kerjaya kau nanti. Mana kau tahu? Kau malaikat ke? Toksah nak kata kalau tak capai 4 flat memang tak kemana lah kau nanti lepas matriks. Babe, kau mendoakan aku ke tak berjaya?
Kecik-kecik dah tau nak plan masa depan, hihi.
Okay, THUMBS UP!
Please please PLEASE jangan pandang hina pada seseorang sebab keputusan SPM dia tak segempak macam result pelajar cemerlang.. At least, dia dapat tawaran kan? Ada jugak budak pandai tapi tak dapat tawaran mana-mana. Semua kerja Allah, Allah tahu apa yang Dia buat. Mana tahu masa dekat matriks, dia boleh dapat 4 flat? Dekat U, tiba-tiba nama up dalam dean's list? Jangan main gila..
ALL THE BEST AND GOOD LUCK!
Lepas ni jadi orang Tranung lah aku. Hihihi.
[REPOST]
[REPOST]
sy na jd IR. :)
ReplyDeleteHehe bagus bagus. Jadi IR wanita kan? Selalu ramai lelaki. Bangga sikit kaum wanita :)
Delete