STATUS - Provokasi-kah?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera and Hello there (panjang pulak!)

Hujan sepanjang hari dari semalam. Allah masih menurunkan rahmat-Nya. Thank you Allah! But that's not the significance for my entry today.

Lately, there are vast of newly-couple yang declared. Good news lah kan tapi ada juga yang status changed from 'in a relationship' to 'single'. Kasihan-kasihan. Bertahun-tahun menyulam kasih, akhirnya putus di tengah jalan. Itu semua jodoh. Tiada apa yang nak dikira untung-rugi kalau putus masa kapel. Secara logik akalnya kita fikir macam tu. Tetapi secara logik perasaan, berat berat.. Hati ni bukan sesuatu yang mudah. Sekali terhiris, ada iodine boleh hilangkan kuman langsung di tampal plaster luka terus hilang. Hati ni cepat sakit.


Tapi.. Jangan lupa, Cinta Itu Makanan Ajaib! (okay, boleh klik untuk entri lepas!). Sebagaimana terbuainya kita kerana cinta, seperti itulah terjatuhnya kita kerana cinta.

Fenomena dunia kini, status perhubungan di FB lebih signifikasi. Semalam single, hari ni in a relationship, esok engaged, lusa married, tulat single balik. In the end of the day? Memanglah sekadar di FB tetapi tidak ke seperti mempermainkan status diri sendiri? Murahnya diri anda bertukar-tukar status. Ya, terpulang pada diri sendiri tetapi saya sebagai warga yang prihatin bla bla bla (dah macam JKKKKK kampung).

Tidak perlu diheboh andai si jantan memilih engkau sebagai si betina nya lantas di-changed status went from 'single' to 'in a relationship'. Adakah status yang ditukar untuk meraih LIKE yang banyak? No such way. Hatta, tiba suatu masa andai si jantan dan si betina berkelahi lantas status masing-masing di-changed went from 'in a relationship' to 'single'. Adakah status yang ditukar untuk meraih komen simpati orang ramai?

Tepuk dada tanya hati. Apa tujuan sebenar?

*Update sambil dengar lagu Pelamin Anganku Musnah. Dandan pulak lagunya..

Seek for a hidden love secret,
Naddy.


No comments:

Post a Comment

naddymohd